seorang lelaki bertaubat

Adab Berdoa – Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Ibadah doa itu adalah umpama pangkal otak kepada segala ibadah maka ibadah yang kita lakukan hendaklah tersimpan di situ harapan daripada orang yang beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Moga moga ibadah yang dilakukan itu menyimpan harapan berupa pengkabulan penerimaan dari Allah ibadah yang kita lakukan dan juga keberkesanan ibadah itu dapat dinampak kepada perilaku kita, perbuatan kita, tindakan kita, tutur kata kita.

Doa atau ibadah seperti ini diiringi dengan doa kepada Allah akan membawa kesan kepada orang yang beribadah. Apa yang perlu untuk diperhatikan adalah doa yang bagaimana supaya dapat membawa kesan kepada ibadah yang dilakukan kepada orang yang melakukan ibadah tentunya doa yang diterima oleh Allah, itulah doa yang membawa kesan kepada orang yang berdoa kerana seseorang yang berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala terkadang doanya tidak diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka tiada makna kepada doa

Adab yang pertama bagi orang yang berdoa itu daripada adab yang zahir adalah orang yang berdoa memperhatikan sumber pemakanan yang dimakan oleh orang itu. Sumbernya halal dan juga makanan yang dimakan pun juga halal .

Nabi menceritakan tentang seseorang yang dia bermusafir dan dia menadahkan tangannya ke langit merayu kepada Allah “wahai Tuhanku ,Wahai Tuhan aku wahai Tuhanku” akan tetapi makanannya haram, minumannya haram. Yang masuk kepada badannya itu adalah daripada yang haram, bagaimana akan diterima oleh Allah doa orang yang sifatnya seperti ini? Macam mana akan diterima oleh Allah doa orang yang seperti ini? Maka daripada hadis ini Nabi menekankan tentang pentingnya sumber pemakanan baik-baik sumber rezeki kita beli untuk makanan ataupun sumber makanan yang kita makan itu adalah mesti daripada sumber yang halal agar supaya yang keluar ketika kita berdoa berdasarkan sumbernya itu adalah daripada sumber pemakanan yang halal maka doa ini adalah doa yang diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Adab yang kedua ketika seseorang berdoa adalah membuka pintu langit untuk doa yang akan kita pohonkan itu boleh naik ke langit dan diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bilamana kita membuka doa itu dengan memuji kepada Allah Alhamdulillah dan selawat kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa ala alihi wasallam pujian kepada Allah. Kerana sifat orang yang kalau orang mempunyai sifat terpuji mesti akan menampakkan sikap yang terpuji kita bilamana berdoa memuji kepada Allah, tentunya apa yang kita dapat daripada zat yang Maha Terpuji adalah satu tindakan yang terpuji juga iaitu diterimanya. Ibadah kita ada doa kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.