seorang lelaki bertaubat

Aku Ingin Taubat

Taubat itu dua perkara penting yang perlu disedari oleh manusia.
1) Taubat itu datangnya daripada Allah (ilham)
2)Penerimaan taubat daripada hamba kepada Allah pun juga kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

seorang lelaki bertaubat

Barangsiapa yang berbuat jahat merugikan orang lain atau dzalim berbuat dosa untuk dirinya sendiri  kemudian dia minta ampun kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Ya Salam, Allah Subhanahu Wa Ta’ala ingin memberitahu kan bahawasanya datangnya Taubat itu adalah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Kalau Allah tidak memberitahukan maka orang yang berbuat zalim kepada diri sendiri orang yang berbuat jahat mereka akan kebingungan. Macam mana aku nak buat aku sudah banyak berbuat dosa? Bagaimana dosa ini akan diampunkan? Allah memberikan jalan keluar dosa yang kamu lakukan Itu boleh diampunkan dengan kamu bertaubat.  

Tidak ada seorang hamba yang berbuat dosa lalu dia berwuduk dan solat dua rakaat dan memohon ampun kepada Allah melainkan pasti akan mendapat, Ya Allah akan mengampunkan dosanya.

Bukankah ini satu pemberitahuan jalan keluar dari Allah kepada si pendosa, orang berbuat dosa? Diminta oleh Allah untuk bertaubat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Maka berkenaan dengan Taubat itu dua perkara penting yang perlu disedari oleh manusia.
1) Taubat itu datangnya daripada Allah (ilham)
2)Penerimaan taubat daripada hamba kepada Allah pun juga kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Bilamana seseorang itu bertaubat kepada Allah hendaklah meyakini kalau keinginan bertaubat itu adalah Ilham dari Allah kepadanya untuk bertaubat, akal supaya taubat yang diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Orang berbuat dosa terdapat banyak orang berbuat dosa, akhirnya datang ilham untuk bertaubat. Tak semuanya. Tapi kalau ada orang yang berbuat dosa terlintas dalam hatinya untuk bertaubat ini adalah orang yang diilhami oleh Allah. Untuk kembali kepada Allah Subhanahu wa ta’ala dan bila mana ia bertaubat merespon, itu Ilham dari Allah maka pasti akan mendapati Allah Maha Menerima Taubat dan juga Maha Penyayang

Aku Ingin Taubat