ilmuwan muslim

Apakah Cara Untuk Mengecapi Kegemilangan Para Ulama’ Sains Islam Terdahulu ?

Sesi Soal Jawab bersama Ustaz Ali Ridho Mulachela pada 14 Oktober 2017

Waktu kerajaan Turki Uthmaniyyah dahulu menghadiahkan jam kepada kerajaan Perancis, kerajaan Peranchis juga minta izin untuk rakyatnya belajar. Apa yang mereka belajar? Mereka belajar agama. Kerana di dalam ugama itu ada sains.

Kita sebagai orang muslim wajib kita belajar seperti itu tetapi ketika ketika kita belajar ilmu agama yang ilmu akademik itu bukan bererti kita harus lupakan pembelajaran agama.

Dikatakan orang yang belajar agama itu bagi orang yang tak punya kemampuan pelajar akademik sampai orang mengatakan kalau bodoh. Orang yang pandai itu semuanya berjaya di dunia hanya orang-orang bodoh yang belajar agama! Permainan fikiran yang dirubah! Kita jangan terikut dengan permainan ini.

Kita pelajari agama syariatnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa, dapat waranti ketika kita mempelajari syariat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Boleh, mari kita belajar Akademik contohnya cara membuat baju, membuat pertahanan.

Ada Muslim di setiap cabang agama tetapi habis dibunuh bila berjaya. Tak mungkin ada generasi yang tidak memegang peranan penting dalam akademik. Kerana yang memegang informasi adalah bukan orang Muslim maka mereka tidak mengetengahkan orang Islam yang berjaya.

Kita seharusnya seimbang. Kuatkan niat untuk mencari agama, yang lain akan dimudahkan. Kita termasuk menjadi pejuang di dalam agama Islam.