Majlis Iftar & Tarawih Bersama O.K.U. (Cacat Penglihatan)

Majlis Iftar & Tarawih Bersama O.K.U. (Cacat Penglihatan) pada 12 Mei 2019 di Musalla Al-Abrar, Tawfiq, Jalan Sungai Penchala, Kuala Lumpur

Antara yang dikongsi oleh wakil dari Kelab Kebajikan

”Tuan-tuan, puan-puan, hadirin hadirat yang diraikan, Kehidupan kami ni kalau nak dikatakan hidup segan mati tak mahu.

 Sebabnya kami lalui lepas kami habis menduduki sekolah ataupun Pusat Latihan kami seperti terumbang-ambing, seperti dibuang ke campak dalam laut. Kalau andainya kami ada kemahiran, kami ada kebolehan, kami ada lain-lain kelebihan, Insyaallah kamu akan selamat kamu akan berbahagia, kamu akan berjaya seperti golongan orang normal yang lain. Tetapi bagi golongan yang tidak mampu untuk berdikari seperti orang-orang lain akan tercicir dan seterusnya menjadi terbiar dan seterusnya tak tahu ke mana nak pergi. Sehinggakan ada di antara rakan-rakan kita yang tidak mempunyai rumah, tidak mempunyai peluang pekerjaan, tidak mempunyai sara hidup yang cukup dan sebagainya. Itulah yang kami di Kelab Kebajikan selalu menerima menerima aduan ataupun permintaan daripada kawan-kawan kita yang cacat penglihatan.

Itulah hakikat nya. Banyak NGO NGO yang ada membantu kami. Terima kasih terutama NGO-NGO Islam. NGO-NGO Islam sebab saya beri penekanan kepada NGO Islam ni sebab kebanyakan yang kesempitan hidup banyaknya golongan orang Islam cacat penglihatan. Mereka agak terbiar terutamanya golongan muallaf cacat penglihatan, golongan murabitun golongan marhaen golongan yang yang kita rasa mana yang boleh berdikari itu.

Mereka juga mahu hidup seperti orang normal lah ada rumah ada kereta ada kerja ada anak ada cucu. Tapi bagi orang yang yang terhimpit hidup dia teruskan hidup seperti seperti kawan-kawan yang ada pada hari ini lah.

 

Alhamdulillah 33 orang ni menjadi tentera ataupun pejuang tuan-tuan menjadi pejuang kepada rakan-rakan yang lain Supaya mereka kita ni berjaya di dunia dan kita berjaya di akhirat. Buatlah kerja apa sekalipun tapi kita niatkan hati korbankan Illallah menghampirkan diri kepada Allah. Kalau kamu menolong agama Allah Insya-allah Allah akan menolong kamu