Habib Nael

Mentarbiahkan Perbuatan, Percakapan & Penglihatan : Habib Nael Bin Taher

Mentarbiahkan Perbuatan, Percakapan & Penglihatan bersama Habib Nael Bin Taher pada 3 September 2018 di Musalla Al-Abrar

“Engkau bina Kaabah, engkau panggil seru manusia untuk datang kepada Kaabah, haqiqatnya aku yang akan membawa mereka” Nabi Ibrahim Alaihissalam bilamana diseru mana ada orang waktu itu di Kota Mekah. Tiada siapa-siapa tetapi disuruh oleh Allah disuruh oleh Nabi Ibrahim Alaihissalam membuatkan dan disebutkan di dalam tafsir. Bahawasanya setiap manusia yang bahkan masih berada di dalam sulbi, orang-orang yang akan datang semuanya telah mendapat jawapan telah pun menjalankan seruan daripada Nabi Ibrahim Alaihissalam.

Orang-orang yang telah ditulis orang-orang yang akan mendapat Saadah Al abbadi orang-orang akan mendapat kebahagiaan yang sebenar, Kebahagiaan yang abadi adalah orang-orang yang telah menjawab akan panggilan Nabi Ibrahim Alaihissalam. Maka dengan itu disebutkan dalam firman Allah Subhanahu Wa ta’ala “Seru panggil mereka untuk datang kepada Haji. Mereka akan datang di dalam keadaan mereka berjalan, ada yang datang dengan tunggangan dan seumpamanya daripada segala pelusuk kawasan. Akan datang kepada dekat Kaabah”

Dan Kaabah bagi seseorang manusia adalah adalah merupakan hatinya, sepertimana berkata guru kitalah Habib Umar bin Hafiz “Bahawasanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah merupakan kaabah kepada roh”.

Kaabah kepada roh kita yang mana hati bilamana tawajjuh kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wasallam roh bilamana menghadap kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam lah yang akan membawa akan membuatkan seseorang itu dapat sampai kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan itu sehingga Umar Bin Khattab berkata kepada Ali bin Abi Thalib “Bahawasanya doa seorang mukmin itu akan terberhenti di langit dunia, tidak akan dijawab oleh Allah Subhanahu Wa Taala, tidak akan tumbuh akar langit, selagimana tidak berselawat kepada nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam”

Membuktikan bahawasanya tiadanya jalan seseorang baik istilah ingin akan doanya dikabulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, baik ingin untuk bertaubat kepada Allah, baik ingin untuk mendapat pengampunan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, bahkan segala kebaikan kecuali pintunya atas Nabi Muhammad Sallallahu Salam.