A smiling happy muslimah

Resepi Kebahagian

Ustaz Dr Abdul Latif b Abdul Razak memberi resepi dan tips -tips bagaimana untuk mencari kebahagiaan dengan cerita-cerita dan contoh yang menarik

oleh Ustaz Dr Abdul Latif b Abdul Razak.

Kita kadang-kadang, Allah Ta’ala ni sebagai jalan terakhir. Jalan terakhir kita sakit, cari doktor tu. Cari doktor, doktor kata tak boleh rawat ,kena pergi luar negara London. Kita pi lah London. Doktor kata dia tak boleh buat apa dah, bawa balik dah. Waktu tu baru kita teringat. Kita teringat masjid, panggil orang baca Yasin. Yang kita baru teringat Allah Allah Taala sebagai jalan terakhir.

Terakhir, sedangkan waktu kita sihat Allah bagi nikmat kita begitu banyak tetapi adab kita dengan Allah waktu kita sakit, waktu kita memerlukan Allah, baru kita mencari Allah. Sikap kita.

Kadang-kadang kita bawa masalah kita pergi pejabat, satu pejabat menangis. Satu pejabat menangis pakai tisu habis sekotak tisu koyak last-last kali bila habis nangis masing-masing kata apa kami tak boleh tolong sebab ni masalah peribadi. Tak ada tolong! Apa yang Allah Taala tak boleh tolong? Dia maha Berkuasa dan Maha Mengetahui, Dia yang memegang segala. Apa masalah yang Allah Taala tak boleh tolong?

Allah Taala sebut “Wamaiyattakillah yaj Allahu makhraja”

surah al Talaq ayat 2. “Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah anda akan buka baginya jalan-jalan keluar”.

Ada masalah, dekat dengan Allah, Allah Taala bantu jalan keluar. Tapi kalau bukan maksud kalau dekat dengan Allah tak ada masalah. Siapa yang tak ada masalah, sangat bermasalah!

Saya kata orang yang ada masalah dekat dengan Allah. Allah Ta’ala akan buka baginya jalan-jalan keluar.

Surah al Talaq ayat 4 “Waman yattaqillaha yaj Allahu minna amrihi Usrah”

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah Taala akan bagi menjadikan urusan nyamuk mudah maksudnya Allah Taala janji Allah syarat keep close to me , dekatkan dengan Aku macam tu je ya.

“Barangsiapa yang jauh daripada aku, melupai aku, tidak mengingati aku, aku akan jadikan hatinya sempit”

Sempit ni sempit rezeki, sempit dada, sempit tak nampak jalan jalan keluar. Ini ancaman Allah kepada mereka yang jauh daripadanya. Sayang.. sebab itu kalau kita ada masalah jalan keluar dia ialah mendekatkan diri dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Macam perempuan semua kadang-kadang risau pasal suami. Tak payah risau pasal suami. Suami pergi mana-mana kita tak mampu nak fikir pasal suami. Titipkan suami pada Allah “Ya Allah kau jagalah suami aku ya Allah. Biarlah dia terjaga agamanya, terjaga akhlaknya ,peliharalah dia”

Maksudnya titipkan suami kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala Allah Ta’ala Maha Mengetahui, Allah Ta’ala Maha Berkuasa tak perlu nak risau-risau sesuatu yang di luar kawalan kita. Kita nak risau pun kita boleh buat apa?

Serah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Allah Ta’ala tahu keikhlasan kita, Allah Ta’ala tahu segala-galanya.

Apa tips doa makbul? Tips doa makbul ialah menghinakan diri kamu sehina-hinanya, memuliakan Allah semulia-mulianya.

Sebab tu doa kita tak mustahil, mustajab maksudnya sebab kita tak kenal akan hakikat diri diri kita. Datang Nabi menjadi contoh dan tauladan kepada kita. Tunjuk bagaimana nak menghina diri kita. Nabi Yunus Nabi Yunus terjatuh ke laut ditelan ikan, nun dalam perut ikan lama mana.

Kegelapan Nabi Yunus, Pertama Kegelapan perut ikan tak nampak apa. Mana ada cahaya lampu ikan. Yang kedua kegelapan lautan bawah. Yang ketiga kegelapan malam. Tiga kegelapan yang membelengu Nabi Yunus.

Bagaimana Nabi Yunus boleh keluar daripada tiga kegelapan? Menghinakan diri mengakui akan hakikat diri sebagai hamba. “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin” Tidak ada tuhan melainkan Engkau Subhanaka Maha suci Engkau inni kuntum minal dzolimin.

Itu akhirnya Allah Taala buka melepaskan Nabi Yunus daripada ikan tadi. Begitu juga kita. Banyak kegelapan dalam hidup kita. Hilang punca, tak tahu jalan nak yang mana nak dituju, masalah yang banyak, dan sebagainya bagaimana nak keluar daripada semua kegelapan ini diajar iaitu, menghinakan diri.

Nabi Adam begitu juga dikeluarkan daripada syurga, apa doa Nabi Adam? “Robbanaa zholamnaa anfusanaa, wa in lam tagh-fir lanaa wa tarhamnaa, lanakuunanna minal khoosiriin” Nabi Adam juga mengakui kesilapan diri menghina diri meminta ampun dengan Allah.

Dengarkan lanjutan resepi kebahagiaan melalui video di bawah: